Latar Belakang

Latar Belakang

SEJARAH

Pada awalnya, perkhidmatan pembetungan di Negeri Sabah adalah berada di bawah Public Health Ordinance 1960 dan Local Government 1961. Pengurusan perkhidmatan pembetungan ini dikendalikan oleh tiga agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Kerja Raya Sabah.



PENUBUHAN

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) merupakan agensi Kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS).

JPP Sabah menjalankan fungsi dan puncakuasa di bawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bagi mengurus tadbir hal ehwal pembetungan di Negeri Sabah. Penubuhan JPP Sabah ini dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada hal-hal pembetungan Negeri dalam bentuk perundangan serta penguatkuasaan. Di samping itu, ia juga membolehkan pihak Kerajaan mengagihkan peruntukan secukupnya bagi maksud pembangunan, mengendali, menyelenggara dan kutipan hasil cukai perkhidmatan pembetungan untuk menampung perbelanjaan operasi ke atas infrastruktur pembetungan yang dibangunkan dan yang sedia ada di selenggara secara berkesan dan berterusan.